Thursday, 26 June 2014

TESTIMONI TERBAIK WRITE AND WIN CONTEST HIMAX5 SIRI 1/2014 (EN.HASSAN)


NAMA:     NORHASSAN BIN ENDOK
NO TEL:  013-2904243 (Port Dickson, Negeri Sembilan)




Alhamdulillah kesihatan saya semakin baik dengan HIMAX5. Saya menderita 8 tahun dengan pelbagai komplikasi penyakit seperti paru-paru rosak, kencing manis, buah pinggang, penyakit jantung,kanser usus dan batu karang kiri dan kanan.

Ianya bermula pada 2007 apabila saya menderita busung dengan keadaan seluruh tubuh badan yang membengkak. Berat badan ketika saya sihat adalah 70kg dan naik mendadak sehingga 130 kg akibat busung. Doktor juga tidak dapat berbuat apa-apa dan meminta saya mencuba alternatif perubatan lain. Pelbagai jenis ubatan saya cuba sehingga perubatan tradisional bomoh kerana keadaan tubuh yang semakin tenat.

Sehinggalah tahun 2009, penyakit saya kembali normal dengan perubatan tradisional namun lama-kelamaan tubuh saya menjadi semakin kurus sehinggalah kurang dari 50kg. Hal ini sangat membimbangkan saya dan keluarga lalu saya dihantar semula ke hospital untuk membuat pemeriksaan kesihatan. Doktor mengesahkan bahawa paru-paru saya rosak, kencing manis, buah pinggang, penyakit jantung,usus saya rosak dan batu karang kiri dan kanan.Semua penyakit ini menyerang tubuh saya serentak dan menyebabkan saya sering sesak nafas.Saya terpaksa berulang-alik setiap minggu ke hospital untuk rawatan susulan.Hampir 3 tahun perawatan barulah busung yang dialami lega namun penyakit berangkai yang lain makin kronik dan menyerang tubuh badan.

Doktor juga mengesahkan saya menghidap TB pada tahun 2012. Hal ini sangat meruntum jiwa apabila saya terpaksa diasingkan dari orang sekeliling,hampir setahun mengambil ubatan penyakit tb dan setiap 3 hari dalam sebulan sample kahak diambil untuk ujikaji. Saya semakin kurus dan kurus.Kencing manis mencecah 12, paru-paru saya rosak teruk, jantung dan buah pinggang kronik.Saya juga ada mengamalkan produk sunnah seperti madu sauda, omega 3 dan macam-macam lagi untuk mengurangkan kesakitan yang tertanggung.

Sehinggalah tahun 2013 pada bulan 5, sekali lagi saya dimasukkan ke hospital. Keadaan saya sangat tenat dan teruk ketika itu.Perut saya membengkak sekali lagi dan saya tidak dapat membuang air kecil dan besar.Saya dikuarantin dan tidak dibenarkan makan selama satu minggu,menjalani x-ray 3 hingga 4 kali sehari dan pemeriksaan M.I.R.Doktor mengesahkan saya mengalami kanser usus dan memerlukan pembedahan segera yang menelan belanja yang banyak.

Kekangan kewangan sangat merunsingkan saya dan isteri.Saya tidak dapat bekerja kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan, dengan anak sulong saya mendapat tawaran masuk Universiti ketika itu.Hanya anak isteri dan keluarga membuatkan saya tabah untuk menghadapi semua ni.

Doktor cuma mampu memberi kata dua, jika saya masih tidak dapat membuang air besar dalam tempoh 24jam,pembedahan usus akan dibuat.Syukur dengan izin Allah, saya berjaya membuang air besar dan pembedahan tersebut tidak perlu sama sekali.

Doktor pernah menyatakan kepada saya bahawa keadaan saya terlalu kronik dan tiada peluang untuk sembuh.Doktor TIPU!!!!

Sejak itulah saya dipertemukan dengan insan yang tidak saya kenali ketika itu, Ustaz Ismail. Beliau mengepos satu unit jus alkali untuk saya cuba. Tanpa saya sedar, satu persatu penyakit yang dialami beransur pulih. Tubuh semakin sihat dan bertenaga. Berat badan saya naik, kini 70kg. Penderitaan saya berakhir tanpa saya sedari.

Penyakit batu karang di kanan dan kiri juga semakin baik dan Alhamdulillah batu karang di sebelah kiri sudah keluar, tinggal di bahagian kanan. Alhamdulillah tidak seteruk dulu dan kini sudah setahun saya mengamalkannya. Kencing manis tiada lagi, bacaan 4.9.Jantung saya normal, boleh bernafas seperti biasa, buah pinggang normal.
Tapi yang bestnya, kawan-kawan saya perasan perubahan ketara pada diri saya dan mengatakan saya kelihatan lebih muda dari usia. Apa yang penting, saya sihat.Dan sihat ini demi isteri, anak-anak dan keluarga tercinta.

Alhamdulillah kerana saya diperkenalkan dgn himax5 oleh Ustaz ismail,seorang yang sangat baik dan bertimbang rasa.Semoga Allah sentiasa memelihara beliau...InsyaAllah.
Terima kasih buat admin dan Ustaz Ismail khasnya..atas ambil berat pada kami..terima kasih banyak-banyak.

Syukur Alhamdulillah,kami muhasabah diri..sakit ini datang dari Allah,Allah menguji kami dan mahu kami mendekatkan diri padaNya..dn Allah membersihkan dosa-dosa kami.apa-apapun kami redha.

Kini saya juga menjadi pengedar Himax5 di Port Dickson bagi produk Jus Alkali Himax5 dan Teman Aura.

Wallahua’lam.

Sumber dari:HQ Himax Alkaline (Testimoni Terbaik HIMAX5 SIRI 1/2014)


No comments:

Post a Comment